|BISMILAH|
Semakin lama semakin
hebat anak-anak muda Islam kita dengan gejala sosial. Dalam diri sudah dikikis
dari sifat malu,bila malu tiada mereka mula buat apa yang disuka sampai mak
ayah,sekolah, dan nama agama terlibat. Mungkin ada sebahagiannya nak jadi baik
tapi tak tahu caranya kan? Kalau saya cakap baca Al-quran,tambah solat sunat
,berzikir dan lain-lan lagi sifat mahmudah,belum tentu tahu pasal agama. Salah satu
cara untuk orang yang lemah imannya, pergilah ke masjid,dengar ustaz azhar
idrus ceramah dan paling penting sekali cari kawan yang soleh. Kadang kawan tu
takde la baik sangat tapi bolehla ajak solat,baca Al-quran kira okeyla tu .
bila kita buat sorang ,macam takde ‘feel’ tu. Takde rasa nak buat baik tapi
bila ada sahabat yang baik yang nak tolong baru kita ada motivasi tu. Mula-mula
mungkin susah nak sesuaikan diri ,rasa macam tak layak atau rasa malas nak join
tapi kalau dah lama-lama tu kita akan rasa seronok beribadah tau. Okey,saya
bagi satu anologi. Awak ni seorang yang sangat gemuk dan nak cuba kuruskan
badan tapi awak ada kawan yang memang metabolism tinggi,makan memang banyak la.
Kalau terus kawan dengan orang macam ni, sudah tentu awak makin gemuk kan? Dengan
mencari kawan yang sama-sama nak kurus, lagi mudah kita nak capai badan yang
ideal kan?boleh sama-sama bersenam, makan makanan yang sihat sama-sama, kan seronok macam tu? Haha,anologi
ni macam merepek je. Samalah kalau nak masuk syurga, ada kawan yang boleh
membantu kita lagi mudah nak masuk syurga kan? Sampai ada satu kisah memang ada
dalam Al-quran. Saya cerita pendek je la ye,kalau nak tahu cerita tu bolehla
search dalam youtube.
Ada dua sahabat ni
memang baik di dunia. Dipendekkan ceritanya, hanya salah seorang dari mereka
yang masuk syurga, sorang legi masuk neraka. Sahabat yang dapt mauk syurga ni
taknak masuk syurga selagi seorang lagi sahabat dia masuk bersama-sama dengan dia.
Jadi, Allah benarkan kawan dia yang kat neraka ni masuk syurga . see, sahabat
kita pun boleh menjadi salah satu sebab utama kita boleh masuk syurga asalkan
memang bersahabat baik kerana Allah. Kalau kawan tu ada yang merokok pastu
hangpa tak berani nak tegur,kawan pun dah lama tapi tak berani lagi tunggulah
azabnya..kita wajib cegah kemungkaran jika kemungkan ada depan mata kita.
Berhijrah itu senang
tapi istiqamah itu payah.
Haha,hari ni nak update
pasal lain tapi tak tahu kenapa tangan ni tulis benda lain.

No comments:
Post a Comment