Saturday, 11 February 2017

Aku terjatuh di jalan INI



Bismillah

Assalammualaikum w.b.t. Aku baru sedar aku terjatuh pada sekian lama dan masih aku mencari-cari puncanya. muhasabah diri,tazkiyatun nafs...

Image result for ROAD

kisahnya bermula begini..
dulu, dakwah dan aku tak dapat dipisah. aku juga seorang naqibah di sekolah, sentiasa buat usrah, rapat dengan adik-adik usrah. pergi masjid.macam-macam..
dalam keadaan aku punyai semangat yang membuak dalam dunia Dakwah ini, ujian datang..
ada yang menyebarkan yang diri ini tidak menyampaikan fikrah Islam yang sebenar.

Allahu, bila tahu khabar angin ini dari salah seorang senior yang bertanya..
jelas diwajah riak kerisauan " esok jumpa akak lepas perhimpunan, boleh?"
"boleh, ada apa-apa masalah dalam *kelab ke?" ( persatuan badan dakwah di sekolah)
"takde, akak saje nak jumpa awak esok." suaranya seperti ingin menenangkan hati yang gelisah .
malam tu, pelbagai andaian yang ada.. memikirkan jika ada buat kesalahan yang melibatkan kelab.
 couple? memang tak. cakap dengan lelaki pun payah atau aku pernah tersalah kata dengan akak tu?
aduh, tak tidur dengan tenang malam tu.
tibalah hari berikutnya
seusai perhimpunan aku berjumpa dengan senior tu " apa yang akak nak tanya?"
"erm..." seperti pelbagai perkara yang ingin diucapkan.
"akak nak minta maaf, nak tanya awak syiah ke?"
dalam keadaan tertanya-tanya, aku terdiam berfikir.. "syiah? apa yang aku sampaikan selama ni tak betul ke? aku ikut modul yang diberi ,Al-quran dan hadis. cara pemakaian aku salah? aku pakai baju kurung jugak, jubah semua orang pun pakai.." macam-macam persoalan yang timbul tapi satu perkataan sahaja yang keluar "hah?!"
"macam tak betul je sampai terkejut macam tu?" wajahnya seperti serba tak kena
kemudian senior tu jelaskan apa yang berlaku sampai boleh terjadi khabar angin yang pelik ini.
ketar hati mendengar, air mata seperti ingin jatuh tapi ditahan dengan senyuman yang tawar.
selepas tu diketahui oleh sahabat perjuangan dalam dakwah, mereka yang sememangnya rapat tolak habis-habisan , perasaan marah mereka membuak kerana tidak dapat difikir dek akal bagaimana boleh timbul berita yang tak munasabah langsung. tenang sedikit hati melihat sahabat yang memahami dan kenal sangat dengan diri ini.

hati seorang perempuan, mana tak rapuh. menangis hanya dibelakang takbir
terdetik dalam hati. ujian yang datang sangat sedikit Rasulullah s.a.w lagi teruk digelar orang gila, ahli sihir, gila kuasa dan sifat-sifat yang terbalik 360 darjah dari baginda.

tenangkan diri, waktu tu cari Allah ..bila ada masa cerita kat mak
mak kata "sikit sangat tu , dunia awak masih kecil. bila melangkah dunia yang lagi luas,lagi banyak ujiannya lagi banyak jumpa ragam manusia, apa boleh buat?kena sabar"

tetapi perlahan-lahan minat terhadap dakwah semakin hilang. aku jadi seorang yang pendiam, penakut, tiada keyakinan diri langsung. aku biasakan sahaja dengan keadaan yang tidak betul.
biarkan dan tak pulihkan diri. aku jatuh dan lari dari jalan yang sepatutnya aku ambil.
semakin hari, semakin tersesksa. hati rasa kering, tiada lagi motivasi untuk terus bangkit
lama-kelamaan , hati ini bermonolog " engkau berdakwah niat kerana Allah? kalau betul, engkau tak macam ni! mana diri kau yang dulu? " tetapi masih mengurungkan diri dari dunia dakwah

sehinggalah aku hadir ke satu program Dalwah di sekolah.. aku diminta cakap di depan
pengisiaannya sama dengan apa yang tujukan kepada adik-adik usrah dulu tapi lidah kelu,tak berkata apa-apa. siapa kata tak malu,mesti malu dikelilingi orang yang hebat-hebat ,tiba-tiba seketul diri yang hilangkan nilai dakwah dalam hati kerana perkara yang terlampau lama.

Aku malu tak betul-betul buat kerana-Nya. masih lagi perbetulkan hati
ingin saya ucapkan jutaan terima kasih kepada yang menyebarkan fitnah tu , saya dah jadi orang yang lebih matang dan tabah. syukran jazilan ya ukhti.

segala takdir yang baik dan buruk datang dari ALLAH untuk memperingatkan hambanya bahawa Dia ada saat kita susah dan senang.

Sunday, 2 October 2016

NAK BERUBAH?



|BISMILAH|


Semakin lama semakin hebat anak-anak muda Islam kita dengan gejala sosial. Dalam diri sudah dikikis dari sifat malu,bila malu tiada mereka mula buat apa yang disuka sampai mak ayah,sekolah, dan nama agama terlibat. Mungkin ada sebahagiannya nak jadi baik tapi tak tahu caranya kan? Kalau saya cakap baca Al-quran,tambah solat sunat ,berzikir dan lain-lan lagi sifat mahmudah,belum tentu tahu pasal agama. Salah satu cara untuk orang yang lemah imannya, pergilah ke masjid,dengar ustaz azhar idrus ceramah dan paling penting sekali cari kawan yang soleh. Kadang kawan tu takde la baik sangat tapi bolehla ajak solat,baca Al-quran kira okeyla tu . bila kita buat sorang ,macam takde ‘feel’ tu. Takde rasa nak buat baik tapi bila ada sahabat yang baik yang nak tolong baru kita ada motivasi tu. Mula-mula mungkin susah nak sesuaikan diri ,rasa macam tak layak atau rasa malas nak join tapi kalau dah lama-lama tu kita akan rasa seronok beribadah tau. Okey,saya bagi satu anologi. Awak ni seorang yang sangat gemuk dan nak cuba kuruskan badan tapi awak ada kawan yang memang metabolism tinggi,makan memang banyak la. Kalau terus kawan dengan orang macam ni, sudah tentu awak makin gemuk kan? Dengan mencari kawan yang sama-sama nak kurus, lagi mudah kita nak capai badan yang ideal kan?boleh sama-sama bersenam, makan makanan  yang sihat sama-sama, kan seronok macam tu? Haha,anologi ni macam merepek je. Samalah kalau nak masuk syurga, ada kawan yang boleh membantu kita lagi mudah nak masuk syurga kan? Sampai ada satu kisah memang ada dalam Al-quran. Saya cerita pendek je la ye,kalau nak tahu cerita tu bolehla search dalam youtube.
Ada dua sahabat ni memang baik di dunia. Dipendekkan ceritanya, hanya salah seorang dari mereka yang masuk syurga, sorang legi masuk neraka. Sahabat yang dapt mauk syurga ni taknak masuk syurga selagi seorang lagi sahabat dia masuk bersama-sama dengan dia. Jadi, Allah benarkan kawan dia yang kat neraka ni masuk syurga . see, sahabat kita pun boleh menjadi salah satu sebab utama kita boleh masuk syurga asalkan memang bersahabat baik kerana Allah. Kalau kawan tu ada yang merokok pastu hangpa tak berani nak tegur,kawan pun dah lama tapi tak berani lagi tunggulah azabnya..kita wajib cegah kemungkaran jika kemungkan ada depan mata kita.
Berhijrah itu senang tapi istiqamah itu payah.
Haha,hari ni nak update pasal lain tapi tak tahu kenapa tangan ni tulis benda lain.



Image result for berhijrah